
Emma Mohamad
AIA Takaful AdvisorAssalamualaikum & Hi, saya Emma ❤️
Takaful bukan sekadar pelan perlindungan. Ia persediaan kewangan untuk diri sendiri dan insan tersayang.
Jom semak perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Apa yang saya bantu
Medical Card
- Kemasukan hospital & pesakit luar
- Rawatan & pembedahan
- Bil perubatan
Life Takaful (Hibah)
- Hibah untuk waris
- Pampasan TPD
- Ikut kelayakan pekerjaan
Sakit Kritikal
- Pampasan bila disahkan
- Bantuan semasa rawatan
- Ganti pendapatan
Personal Accident
- Kematian akibat kemalangan
- Hilang upaya akibat kemalangan
Kisah klien saya
Leret ke tepi, tekan poster untuk besarkan.
Tanya Emma
Isi ringkas, mesej terus masuk WhatsApp saya.
Yang selalu ditanya
Saya dah ada medical card majikan. Perlu ke ambil sendiri?
Perlindungan majikan biasanya tamat bila anda berhenti atau bertukar kerja, dan hadnya mungkin terhad. Medical card sendiri kekal bersama anda walau di mana anda bekerja.
Apa beza medical card dan sakit kritikal?
Medical card membayar bil hospital dan rawatan. Pelan sakit kritikal pula memberi wang tunai sekali gus bila disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi, untuk kegunaan seperti belanja rumah, ansuran atau rawatan susulan.
Apa itu hibah dalam life takaful?
Hibah membolehkan manfaat takaful diberikan terus kepada penerima yang anda pilih, contohnya pasangan atau anak, untuk menampung keperluan keluarga bila anda tiada.
Berapa caruman sebulan?
Bergantung kepada umur, pekerjaan, status kesihatan dan jumlah perlindungan. Isi borang di atas dan saya akan sediakan anggaran ikut bajet anda.
Pekerjaan saya berisiko. Boleh mohon?
Boleh dipertimbangkan. Perlindungan disesuaikan mengikut kelayakan pekerjaan anda. Nyatakan pekerjaan anda dalam borang.
Saya ada sejarah sakit. Boleh mohon?
Setiap permohonan dinilai mengikut keadaan kesihatan. Ada pelan yang lebih sesuai untuk situasi tertentu. Kongsikan dengan jujur supaya saya boleh cadangkan pilihan terbaik.
Bagaimana proses tuntutan?
Saya akan bantu dan pandu anda sepanjang proses tuntutan, daripada dokumen yang diperlukan sehingga tuntutan diselesaikan.